Friday, March 5, 2010

Perasaan yang terkumpul

Dalam minggu ini, banyak perkara telah berlaku. Terence sudah datang ke Melbourne, jadi dapatlah kita bersama. Seronok juga bila ada teman laki kat sini. Boleh lah saya bermanja-manja. Hehehe. Yang selainnya ialah projek yang saya sertai contohnya Mentor, DBSS dan etc. Sebenarnya, blog kali ini ditulis dalam Bahasa Malaysia kerana saya tidak dapat menahan lagi untuk merungut. Dari Facebook, saya langsung tidak dapat melepaskan perasaan saya kerana ia melibatkan terlalu banyak kawan di sini (dan kena-lah saya menjaga reputasi saya ini). Memang terasa saya ini bertalam dua muka. = (


Terpaksalah, saya tulis dalam bahasa kebangsaan sendiri. Walaupun BM saya ni confirm gagal, tapi saya pasti Malaysians yang baca ini akan faham sedikit kan??


Walaubagaimanapun, perkara yang saya tak tertahan ialah sikap mengagung-agungkan pelajar mat salleh. Ini langsung tidak salah jika anda tidak menpunyai tanggungjawab terhadap pelajar lain. Kawan saya di Malaysia juga adalah yang memang suka dengan mat salleh. Biasalah tu kan. Tapi, kalau anda adalah seorang ketua, anda menpunyai tanggungjawab untuk melayan SEMUA orang, tidak kira warna kulitnya, dengan sikap yang sama. Dan bukannya asyik memberi perhatian kepada mereka yang lebih cerah. Kebanyakan kawan2 saya di sini, walaupun adalah Aseans, tapi sikap mereka yang berat sebelah itu amat dikesali. Langsung tak professional. Macamlah mereka malu dengan warna kulit mereka. GGRRR!!!!! Marah tahu bila saya dengar mereka asyik cakap pasal mat salleh. Apalah yang baik sangat?? Bukannya mereka tu pandai, cantik, kaya ke apa. Sama saja dengan kita. Orang juga bah.. Layanlah mereka dengan sama. Janganlah asyik cakap saja dengan mereka dan terlupa pula orang kita sendiri. Bukannya saya ni patriotik ke apa, tapi bila saya lihat mereka yang rasa mat salleh tu lebih ‘superior’ dari kita, saya rasa nak @#$%^& saja sikap tu. Chis!!!


Moga-moga mereka tak tanslate semua ini ya.. hehehe. Habislah reputasi saya yang cantik tu. LOL!


~ St.Kilda dengan Mr.Lo. ~

4 comments:

ivy_cfk said...

waakakaka... saya amat suka pada blog awak yg tulis dalam bahasa. nak tak bagaimana mereka tak dapat translate? tulis je dalam short form. yg biasa kita tulis masa SPM. guna tu sekarang. hahaha... pasti mereka dapat translasi yg bukan2.

Ivise said...

dalam short forms nanti you pula x paham. hahahha! haiz.. susah betul nak ckp dlm bhs sendiri. hari tu, ada orang tanya kalo saya punya bahasa pertama tu apa. I cakap English!! LOL!

BbJean~Yeng said...

bahasa kamu masih boleh diterima! xD

Ivise said...

of coz~~

Post a Comment