Saturday, October 3, 2009

Patriotic

Terlebih dahulu, ingin saya menekankan yang sebenarnya saya telah menulis blog yang teramat panjang dan menyentuh hati. Akan tetapi, saya terlupa untuk menyimpan blog tersebut dalam pendrive saya maka hilanglah blog itu dalam computer Universiti.


Kebiasaannya, saya menulis blog saya dalam Bahasa Inggeris. Semestinya, anda yang sedang membaca blog ini tentu akan tertanya-tanya mengapa saya menulis dalam Bahasa Malaysia. Ini kerana, tiba-tiba semangat patriotik saya ini membara-bara pula. Hehe.. Pokoknya, kawan-kawan saya yang berasal dari Columbia, Venzuela, Denmark, India dan sebagainya, semua menulis dan fasih dalam bahasa kebangsaan mereka sendiri. Berkali-kali mereka menanya tentang bahasa dalam tanah air saya dan setiap kali saya tidak dapat menjawab dengan baik. Dengan itu, saya berazam untuk meningkatkan tahap kefasihan saya dalam bahasa ibunda saya dari segi penulisan dan petuturan.

=)



PS: completed with the help from Haniza Dahari (dearest hommie).

8 comments:

BbJean~Yeng said...

teramat jelas yang anda telah menerima bantuan untuk menulis blog ini. =P

namun demikian, tahniah! anda sememangnya Anak Malaysia! =)

Ivise said...

MUAHAHAHAA!! Beribu-ribu terima-kasih.

Kenapalah saya tidak merasa aneh semasa menulis karangan di zaman persekolahan.... aneh betul sekarang ni.

Anonymous said...

eh lu orang BM memang teruk lar...

itu aussie memang tak boleh lar itu BM, tengok pun dah tau

lepas tu, itu orang ACCA kat msia pun CMI tulis BM...(terlampau formal)

Ivise said...

apa teruk teruk.. kami nak guna BM sebagaimana ia patut digunakan. =P

jiwang la..

BbJean~Yeng said...

kita perlu berlatih untuk menulis dengan formal kerana pada masa depan, adakalanya kita perlu menulis surat kepada pihak-pihak berkuasa di Malaysia yang sedihnya masih menggunakan BM untuk operasi mereka.

Ivise said...

Dengan sedihnya, walaupun Malaysia kini telahpun amat maju kalau dibanding dengan 20 tahun lepas.. kita masih menguna BM untuk urusan rasmi.
Akan tetapi, macamlah kau orang akan tinggal di Malaysia dan berurusan dengan kerajaan?!

ivy_cfk said...

kawan kawan sekalian, adakah kita patut menulis blog kita dalam bahasa malaysia pada masa depan dengan tujuan meningkatkan semangat patriotik kita dan menjadikan bahasa malaysia sebagai salah satu bahasa antarabangsa?

sayang... rindu kat kau lah... balik cepat!!!

Ivise said...

jangan bergurau sayang. untuk menulis dalam bahasa malaysia adalah 100 kali lebih susah untuk menulis dalam Bahasa Inggeris. tanpa penulisan dalam BM, saya punya semangat patriotik telahpun membara-bara seperti api Olimpik! hahahhaa!

1 minggu lagi sayang! sabar ya~

Post a Comment